nuffnang

Tuesday 8 November 2011

Fakta Menarik Era Muammar Gaddafi




Kematian Kolonel Muammar Gaddafi terus menjadi perhatian dunia.Bagi penyokongnnya,beliau dijulang sebagai hero yang mampu membawa perubahan dan mempunyai suara yang lantang menentang Barat dan sekutunya.Namun bagi pihak yang menentangnya,beliau dianggap sebagai diktator yang kejam terhadap penentangnya.Segalanya telah berakhir pada Khamis lalu apabila beliau terkorban dalam pertempuran menentang pemberontakan rakyatnya.Disebalik kisah seorang lelaki yang sering mewarnai politik di dunia terdapat beberapa fakta menarik yang menjadikan nama beliau mempunyai keunikan tersendiri.

FAKTA MENARIK

  1. Setiap rakyat Libya menerima imbuhan daripada hasil minyak petrol yang dimasukkan terus kedalam akaun masing-masing.
  2. Gaddafi pernah bersumpah bapa dan keluarganya tidak akan memiliki rumah selagi tiap rakyat Libya tidak mempunyai rumah.Bapa Gaddafi telah meninggal dunia tanpa mempunyai rumah dan Gaddafi serta anak dan isterinya masih duduk didalam khemah.
  3. Bank di Libya tidak mengenakan sebarang faedah dalam usurusniaga
  4. Rakyat yang mahu bertani atau berladang akan diberikan tanah,haiwan ternakan dan benih secara percuma.
  5. Rakyat tidak dikenakan bayaran untuk penggunaan elektrik
  6. Pendidikan diberikan secara percuma kepada semua golongan masyarakat.
  7. Kemudahan perubatan juga diberikan secara percuma.
  8. Pasangan pengantin baru akan mendapat bayaran sekali berjumlah 600 dinnar sebagai insentif perkahwinan.
  9. Pembelian kenderaan diberi pembiayaan kwangan tanpa dikenakan sebarang faedah.
  10. Sistem pengairan dan saliran yang hebat dibina bagi membolehkan kawasan pertanian berskala besar dijalankan sekaligus mengelakkan rakyat negara itu bergantung kepada sumber asing.
  11. Rakyat negara Libya menikmati mutu kehidupan yang tinggi berbanding negara Afrika yang lain.
  12. Libya mempunyai kadar kematian bayi yang rendah dan kadar hayat yang tinggi hasil dari kemakmuran di negara itu.
  13. Kadar celik huruf adalah 90%sedangkan semasa rampasan kuasa oleh Gaddafi terhadap Raja Idris kadar celik huruf adalah 10%.
FAKTA MENARIK
  1. Gaddafi bertindak menghalau 30,000 penduduk Libya berketurunan Yahudi pada tahun 1969 dan merampas harta benda mereka.Kini mereka berusha memulihkan rumah ibadat mereka di Libya yang kebanyakannya telah dimusnahkan atau dijadikan masjid.
  2. Ketika menghadiri suatu mesyuarat di Rom,Gaddafi meminta disediakan 500 wanita berusia 18 hingga 35 tahun berketinggian melebihi 5 kaki.Mereka ini telah dimasukkan kedalam kereta limosin bewarna putih dan kemuadian diminta memelok agama Islam dan mereka dibekalkan dengan Al-Quran dan Buku Hijau.
  3. Beliau pernah menfailkan pertuduhan terhadap Switzeland di PBB,berikutan  tindakan negara itu menangkap anaknya Mutassim atau dikenali sebagai Hanibal atas tuduhan melakukan gangguan seksual terhadap seorang pekerja sebuah hotel.Beliau juga bertindak menutup syarikat negara itu di Libya,mengharamkan import dan membatalkan penerbangan serta menangkap ushawan Switzerland yang berada di negara itu.
  4. walaupun dikenali sebagai pemimpin diktator dan boleh mengarahkan pembebasan banduan dengan mudah,namun beliau bertindak membawa bulldozer meremph pintu pagar penjara di Tripoli dan membebaskan 400 banduan pada tahun 1988. 
  5. Biarpun apapun gelaran terhadapnya,Gaddafi berjaya membina imejnya yang tersendiri yang menjadikan kawan dan lawan begitu menghormati mahupun gerun dengannya.


BERMESYUARAT BERSAMA BEKAS PRESIDENT RUSIA VLADIMIR PUTIN DI DALAM KHEMAH ALA BADWI

  
*** Renung2kanlah....


Monday 7 November 2011

anda bley ker buat tulisan seperti di bawah ini di fb anda???

x bley... nak tau caranya....????

¿¿¿¿ıuɯɐɔ ʞıןɐqɹǝʇ uɐsıןnʇ ʇɐnq ʞɐu ǝuɯɐɔ nɐʇ ǝdɐs

click link di disini
ataupun di sini

menarik bukan??? ;-D

Friday 4 November 2011

Sky Driver n Driver Easy

One of the best software for those who lost their computer driver.


-Berfungsi untuk 'detect driver' dan meng 'extract' driver dari komputer.
-Sangat mudah, x perlu untuk akses ke internet utk download driver.
-Bagi yang tak tahu detail hardware yg diperlukan untuk komputer anda.
- Nah, sekarang x perlu lagi anda bukak casing komputer anda, software ini akan 'detect' dan install terus driver yang diperlukan.


WinXP

Win7 32Bit
Easy DriverPacks 5.09RC Win7 32bit.part1.rar
Easy DriverPacks 5.09RC Win7 32bit.part2.rar
Easy DriverPacks 5.09RC Win7 32bit.part3.rar

Win 7 64Bit
Easy DriverPacks 5.09RC Win7 64Bit.part1.rar
Easy DriverPacks 5.09RC Win7 64Bit.part2.rar
Easy DriverPacks 5.09RC Win7 64Bit.part3.rar




Thursday 3 November 2011

google gravity.... cecube... TERBAIKKKK....

Sape2 yg blum cube lagi chrome experiments nie... try click kat bawah nie... smart giler... memang cun abis... korang bley lambung2 google tuh... google no gravity...

http://mrdoob.com/projects/chromeexperiments/google_gravity/

rugi kalu x cube.... google terbaiikkkk....

Wednesday 2 November 2011

Perihal Telinga.... Kah kah kah lawak sungguh.. ;-D


Syaqi dilahirkan tanpa kedua telinganya, tetapi walaupun cacat dia berjawatan tinggi di sebuah bank. Dia sangat marah kalu ada orang yang mempersoalkan tentang telinga.Satu hari dia mahu mengambil kerani baru dan tiga orang disenarai pendek untuk sesi temuduga.
Calon pertama seorang lelaki yang mempunyai penampilan yang baik. Di akhir temuduga, Syaqi bertanya satu soalan kepada lelaki itu.
“Awak nampak tak sesuatu yang ganjil pada saya?”.
“Ya, tapi minta maaf kalau saya kata tuan tak ada telinga, macam ayam” jawab lelaki itu dengan jujur.
Merasa terhina dengan jawapan itu, Syaqi mengusirnya keluar dari pejabat.
Calon kedua ialah seorang perempuan yang berpengalaman bekerja di bank hampir 5 tahun. Dia lebih baik dari calon pertama tadi. Di akhir sesi temuduga, Syaqi bertanya soalan yang sama ditanya pada calon pertama.
“Awak nampak tak sesuatu yang ganjil pada saya?”.
“Ya …saya heran bagaimana tuan boleh mendengar saya dengan baik, sedangkan tuan duduk jauh dari saya.
” puji perempuan itu.
Sebaik mendengar jawapan dari perempuan itu, Syaqi berang dan menghalaunya keluar.
Calon terakhir adalah yang terbaik, walaupun masih muda dia telah bekerja lebih 8 tahun di bank. Selain bijak dia juga tampan dan bergaya.Seperti calon terdahulu Syaqi bertanya soalan serupa.
“Awak nampak tak sesuatu yang ganjil pada saya?”
“Ya. Awak pakai contact lens,” jawab pemuda itu menahan perasannya dari tergelak.
Walaupun terkejut, Syaqi gembira dengan jawapan pemuda itu. Dia hairan kerana pemuda itu sangat teliti dan dapat melihatnya memakai contact lens walaupun mereka duduk agak jauh.
“Bagaimana awak tau” tanya Syaqi lagi.
Pemuda itu tidak dapat lagi menahan gelihatinya lalu ketawa besar hingga jatuh terguling-guling sambil berkata,”Dah tentu tuan tak boleh pakai cermin mata sebab tuan tak ada telinga, nak sangkut kat mana”. hhahahahahah

Upgrade Pendrive ke 4Gb Dengan Percume

Kepada sesiapa yang masih lagi menyimpan pendrive² lame yang berkapasiti ciput. Terutamanye yg 125mb, 512mb yang penting kurang drpd 4gb, sekarang anda berpeluang untuk meng 'upgrade' kan pendrive anda... ;-p
caranya mudah sangat... ikut step by step kat bawah ni.


*INGAT!!! PASTIKAN TIADA DATA DI DALAM PENDRIVE ANDA KERANA ANDA PERLU FORMAT PENDRIVE TERLEBIH DAHULU...

1. Klik pd link disini
2. extract file yang telah anda download tadi...
3. Double click pd file Drive Increaser 2.bat
4. Sila ikut arahan yang tertulis pd command prompt tersebut.
    i. letak name pendrive contoh alex song, RVP, Park Chu Yong, Arshavin dsb.
   ii. letak 'drive letter' bagi pendrive (jgn tsalah letak kang terformat pendrive len or len removable drive)
   iii. ulangi langkah (ii) seperti di atas..
5.Done...

Cecube-cecube... ;-p

Tuesday 1 November 2011

Standard AntiVirus Test

<<<JGN RISAU: KOMPUTER ANDA SELAMAT UNTUK MENJALANKAN UJIAN ANTIVIRUS INI>>>


Ramai yg mempunyai anti-virus... tp yakinkah anda bahawa anti-virus anda benar2 berfungsi...
Menurut kajian yang dijalankan oleh European Institute for Computer Antivirus Research (boleh rujuk dalam wikipedia) antivirus yang diinstall boleh diuji sama ada benar² berfungsi atau pun 'tengah tidur'...  Jika AntiVirus anda berfungsi, amaran dr AV anda akan diberikan. Tapi kalu x berfungsi... anda bolehkan periksa 'setting' pd antivirus tersebut ataupun mungkin virus definition tidak dikemaskini lagi... AV test ni TIDAK AKAN MEROSAKKAN SISTEM Komputer anda kerana ianya hanya lah ujian ke atas AV anda sahaja...
SEKIRANYA file/virus (test virus) tidak didelete, 
1. TARIK/DRAG/CUT n PASTE pd recyle bin 
2. Bukak task manager (tekan ctrl-alt-delete serentak) , 
click pada tab processes,  cari nama program fakevirus.exe, highlight/select pada program tu kendian klik kanan dan end proses 
Click ya untuk alihkan dari aktif atau dlm English (yes this should remove it from being active).


nak tau cara standard antivirus test... sila ikut step di bawah ni...


Copy kod di bawah di dalam notepad.
X5O!P%@AP[4\PZX54(P^)7CC)7}$EICAR-STANDARD-ANTIVIRUS-TEST-FILE!$H+H*
Kemudian save as fakevirus.exe



selamat mencube.